Wednesday 14 March 2012

Bonn, Germany

1. Jarak Bonn dan Cologen hanyalah sekitar 20 minit sahaja dengan menaiki train. Bonn ini juga pernah menjadi Capital city of West Germany. Selain itu, Bonn terkenal kerana di sinilah UN Germany ada. Maka, agak kosmopolitan lah di sini kan. Aku datang ke Bonn semata-mata nak ke Beethoven Haus tu. Beethoven lahir di Bonn.

2. Di Bonn, aku tak berjalan sangat, kerana penat dan cuaca sejuk. Mujur city center dia kecil sahaja dan boleh berjalan kaki. Pastu jam 4.30 petang cuaca dah mula gelap. Maka, aku tertumpu di sekitar Alstad sahaja (old city). Lagipun, tempat-tempat wajib ada di situ.

3. Terdapat beberapa kedai hala di sekitar Markt di situ. Aku beli kebab untuk alas perut. Lepas makan, apa lagi, habiskan masa dengan merayau-rayau di sekitar shopping complex yang ada.

4. Malamnya, terus aku bergegas ambil train untuk pulang semula ke Cologne. Esok awal pagi bersiap sedia untuk ke Rhuhl, yang jaraknya sekitar 15 minit menaiki train dari Cologne Hbf. Tujuan utama untuk ke Rhuhl adalah nak tengok UNESCO Heritage Site di situ iaitu Ausgustusberg Palace.

Jumpa di sana.

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...