Saturday 24 March 2012

London

Akhirnya selepas lebih 13 jam dalam pesawat MAS, aku tiba di kota London. Urusan passport control dan kastam sangat mudah dan tiasa masalah.

Selama 13 jam dalam penerbangan, masaku diisi dengan makan, layan IFE dan makan lagi. Hahah.

Dari London Heathrow Airport, aku naik Heathrow Express ke London Paddington. Tambang 19£. Sebenarnya kalau nak lagi jimat, boleh naik tube tu, cuba kena tukar2 stesen. Aku buat keputusan untuk ambil Heathrow Express kerana aku perlu jimatkan masa untuk sampai le Victoria Coach Station. Hari ini Jumaat, maka, tube mesti penuh dengan orang, tambahan selepas waktu kerja.

Lepas selesaikan urusan bagasi di Victoria Coach Station, aku segera menggunakan masa yang tinggal beberapa jam sebelum aku ke Paris menaiki bas pada sebelah malammya.

Walaupun telah beberapa kali ke London sebelum ini, aku tidak jemu untuk menelusuri sungai Thames dengan berjalan kaki untuk melihat dan mengamati binaan akkitetur yang menjadi ikon London.

Bermula dari Westminster Abbey, alu melangkah ke Big Ben, kemudian ke London Eyes, London Bridge, Milenium Bridge, St Paul Cathedral, dan semestinya Tower Bridge. Wah, pertama kali dapat menuaksikan jambatan itu diangkat untuk beri laluan kepada kapal besar merentasi sungai Thames.

Lepas berjalan dan bergambar2 di sekitar Tower of London, aku segera mengambil tune ke London Victoria.

Sungguh ringkas dan pantas aku menghabiskan masa di petang dan malam hari Jumaat, 23 Mac. Hahah.

Kalau berkesempatan, nanti pada Ahad dan Isnin, akan meronda lagi di sekitar London selepas pulang dari Portugal nanti.

Till then, wassalam.

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...