Wednesday 18 April 2012

CDG Airport

Aku sampai di CDG Airport pada tengah malam dengan menaiki Metro dari city center.

CDG merupakan satu airport yang moden, namun tidak segah Amsterdam Schiphol (akan diceritakan dalam entri terkemudian).

Aku segera ke Terminal 3 CDG yg menempatkan check in kaunter EasyJet. Datang awal pada malam hari kerana check in mula dibuka pada 3.30 pagi. Penerbangan aku ke Lisbon pada jam 6.45 pagi.

Bagi mengisi masa lapang dan tidur-tidur ayam, sempat lah merayau sekitar bangunan terminal. Kelihatan juga ramai traveler lain yang sama-sama tidur, lepak, layan games atau pun membaca buku.

Sempat juga aku tidur untuk 2 jam sebelum dikejutkan oleh pengawal keselamatan yg minta tengok passport dan itinerari. Umumnya, mereka tidak kisah dengan penumpang yang tidur di lapangan terbang.

Esoknya awal-awal pagi menyiapkan diri, dan buat perkara-perkara yang wajib, maka, terus aku check in dan bersedia untuk ke Lisbon, Portugal.

Sambung di Portugal pula di entri berikutnya.

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...