Tuesday 3 April 2012

Ke Paris Menaiki Bas dan Feri

Selain menaiki keretapi Eurostar yang agak pricey, kapal terbang yang kadang-kadang affordable, cara lain untuk ke Paris melalui London adalah dengan menaiki bas Eurolines yang bersekali dengan feri P&O.

Dengan tambang 37£ (booking awal), aku menaiki bas Eurolines dari London Victoria Coach Station menuju ke Dover Port di selatan England. Triva: Dover Port adalah pelabuhan paling sibuk untuk cross border di Selat Inggeris ini. Selepas 1 1/2 jam dalam feri, bas akan meneruskan perjalanan ke Paris dari Calais. Oh ya, tidak perlu tukar bas kerana sebesar2 bas itu akan masuk sekali ke dalam feri yang besar ini.

Perjalanan feri pada awal pagi, sekitar jan 3.20 pagi tidak membosankan. Selain daripada tidur, kita boleh makan, minum kopi, ataupun main permainan slot, video atas feri ini. Meriah. Seronok dapat tengok macam2 gelagat manusia atas feri ini.

Seperti biasa, aku mengisi masa dengan menjenguk Duty Free Shop yang ada atas feri ini. Alamak terbeli pula EDT. Hahah. Ini kira macam cover balik, kerana pada tahun 2009 dulu alu tak sempat capai satu EDT kegemaran. Harga memang berbaloi. Hehe.

Ok. Lepas ni, sambung cerita di Paris pula.

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...