Monday 9 April 2012

Paris

24 Mac : Setelah sampai di Paris Gelieni (terminal bas Eurolines) di Paris dari London. Aku segera menyiapkan diri. Lepas itu, segera mendapatkan one-day pass untuk train, RER dan Metro, dengan harga 17 EUR (termasuk RER ke CDG Airport).

Untuk Paris kali ini, tujuan aku adalah untuk ke Paris Disneyland. Setelah beberapa kali gagal ke sana, kali ini aku berjaya sampai ke Disneyland Paris. Dari Paris Galieni, naik Metro tukar di stesen Nation, kemudian naik train ke Disneyland. Kiranya lebih kurang sejam juga tukar-tukar Metro untuk sampai ke Disneyland ni.

Semasa sampai, tu dia, ramai sungguh orang nak masuk ke Disneyland Park tu. Tiket masuk adalah 60 Euro untuk 2 taman (di Paris ni ada 2 Disneyland Park dan Walt Disney Studio).  Beli tiket secara on-line, dapat penjimatan 15%.

Lepas lebih setengah jam beratur, akhirnya dapat masuk Disneyland Park. Besar! Tu perkataan pertama muncul dari mulut aku, kerana Disneyland Paris ini teramat besar jika dibandingkan dengan Disneyland Hong Kong (aku hanya pernah sampai Disneyland HK je sebelum ni).

Langkah pertama aku adalah ride It's A Small World. Yeay. Ni memang kegemaran aku. Sebenarnya banyak Rides yg best dan menarik dalam Disneyland Park ni, tapi aku hanya lalu dan bergambar-gambar sahaja, kerana malas nak beratur panjang untuk setiap rides. Lagi pun masa adalah terhad.

Puas pusing Disneland Park, aku segera ke Walt Disney Studios untuk saksikan perarakan watak-watak Disney yang banyak tu seperti Snow White, Mickey n Minney, Toy Stories dan sebagainya. Meriah. Dalam Walt Disney Studios ni pun banyak Studios nya, Toon Studio, Hollywood Hotel dan sebagainya.

Puas pusing di situ, terus bergambar dan bersiap untuk keluar dari Disneyland tu kira-kira jam 4;30 petang, kiranya cepat sungguh masa berlalu, masuk jam 11;00 pagi, sedar-sedar dah jam 4;30 petang.

Dari Disneyland Paris, aku ke Vallee Village - yang selang satu stesen train je dari Disneyland. Tujuan ke Valle Village ini adalah untuk melihat/menjamu mata di Premium Outlets yang menarik tu.

Sambung di Vallee Village.

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...