Wednesday 18 April 2012

Trip Musim Bunga Di Eropah

Seperti biasa, aku suka ke Eropah pada musim bunga. Setelah merancang beberapa bulan, akhirnya berjaya juga aku terbang ke Eropah pada Mac-April hari tu.

Secara ringkas, setelah bercerita pada entri-entri lalu:

Trip kali ini aku rasa amat best kerana:

(1) Mereliasasikan impian aku untuk menyaksikan Manchester United bermain di Old Trafford (akhirnya, setelah beberapa kali ke Old Trafford)

(2) Kembali semula ke Keukenhof, selepas 5 tahun. Tulips here and there. Love it.

(3) Ke Sepanyol. Ini adalah destinasi idaman ku dari dulu lagi. Berjaya juga sampai ke Al Hambra dan Cordoba.

(4) Kota baru dijejaki, Lisbon. Unik. 

(5) Dapat ke Disneyland Paris.

Itinerari kali ini:

Kuala Lumpur - London - Paris - Lisbon - Manchester - Malaga - Granada - Cordoba - Sevilla - Madrid - Amsterdam - Kuala Lumpur

Penerbangan kali ini:

Malaysia Airlines (KUL - LHR - AMS - KUL)
Easyjet ( Paris - Lisbon , Madrid -Amsterdam)
TAP Portugal ( Lisbon - London)

Keretapi kali ini

Renfe (Cordoba - Madrid)
NS ( Amsterdam - Rotterdam - Giethoorn)

Bas Kali ini

ALSA ( Malaga - Granada - Cordoba - Sevila) 

Secara keseluruhannya, trip selama 12 hari ini agak memenatkan kerana turun naik kapal terbang, pindah masuk hostel, santai di airport, turun naik keretapi, bas dan sebagainya. Tapi best.

 

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...