Monday 16 July 2012

Larian #2: Ipoh International Run 2012

1 Julai 2012, Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Seawal 5.30 pagi aku trlah berada di Stadium untuk mendaftar bagi larian Ipoh International Run 2012.
Ini merupakan kali pertama aku berlari di Ipoh. Tiada spesifik target, namun hasrat utama adalah menamatkan larian 10km di bawah 1 jam.
Larian bermula jam 6:45 pagi.
Laluan meliputi taman perumahan, jalan sekitar greentown mall Ipoh dan persekitarannya.
Aku bermula baik, berjaya kekalkan rentak larian, namun, di km8 aku mulai perlahan dan penat. Akhirnya berjaya juga menamatkan larian dengan masa 66 minit. Ini kerana aku terpaksa beberapa kali buat brisk walk selepas km8 dan bagi mengelakkan cramp atau cedera, maka, aku tidak memaksa diri sangat. Janji dapat menamatkan larian dan memperoleh Certificate. Tak dapat medal kerana medal untuk top 200 sahaja. Aku ni dapat nombor berapa ntah. Hahaha.
Yang penting dapat tamatkan larian dengan tidak jauh dari sasaran utama.
Selepas ini aku kena lebih gigih berlatih..
Permulaan
Tamat larian, dapat sijil je. Finisher medal untuk 200 pertama je kot.
Bergerak ke garisan permulaan

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...