Friday 31 August 2012

Delta Eco Night Run 2012

Tarikh: 30 Ogos 2012
Masa: 8 malam
Jarak: 8km (7.75km GPS)
Tempat: Taman Belia dan Taman Botani, Penang

Lepas larian hijau MPSP ahad hari tu, kini aku kembali ke Penang. Larian Delta Eco Night Run ini merupakan larian malam yang pertama buatku.

Sekadar mencuba, larian sejauh 8km bermula dari taman belia dan menuju ke taman botani dan harus buat 3 pusingan taman ini.

Sebelum larian dimulakan, ada sesi panaskan badan dengan Zumba Dance, ala2 senamrobik menari gitu. Siap ada lagu Gangnam Style yang hangat sekarang ni. Lepas Zumba dance, peserta 8km dilepaskan dahulu. Ikut pengumuman emcee, terdapat lebih 2,000 peserta malam ini.

Permulaan jam 8 di jalan yang sempit. Akibat kurang kawalan, peserta di barisan hadapan terpaksa terkebelakang kerana ratusan peserta telah potong Q dan ke depan.
Lepas ditenteramkan beberapa minit, barulah larian dilepaskan.

Seperti diagak, lepas hampir 4 minit, dan hampir 1km, baru lah selesa untuk berlari kerana peringkat awal terpaksa zig-zag sana sini untuk dapatkan ruang.

Aku tidak menyasarkan sasaran tinggi untuk larian ini, cukup untuk tamatkan larian dan menikmati suasana malam. Berlari pada kadar tempo bawah 7.00min/km, aku mula rasa penat yang amat di pusingan pertama taman botani, kerana tak sangka laluannya berbukit.
Untuk elak penat terlampau, di pusingan ke-2 dan 3, bila tiba saat mendaki bukit, aku buat speed wall, lepas tu turun bukit, aku berlari semahu-mahunya.

Sepanjang berlari dalam taman tu, dapatlah dengan bunyi kicauan buring, alunan air terjun dan juga peserta2 kelihatan seperti kelip-kelip kerana setiap orang dibekalkan LED lamp, untuk keselamatan dan petunjuk.

Akhirnya setelah gigih berlari dalam suasana seolah-olah tiada udara, aku berjaya menamatkan larian dalam masa 51 minit 20 saat. Dan yang penting, berjaya dapat medal penamat yang terhad kepada 200 terawal (rasanya kot). Tamat larian, ada lagi satu sesi zumba dance. Yeay. Meriah dengan macam-macam gelagat peserta.

Ups:

Water station yang sentiasa penuh air mineral, vico. Kawalan penamat yang tersusun, urusan medal penamat, sijil, air dan roti yang lancar. Ada red bull dan energy drinks juga.

Downs:

Kawalan pelepasan harus lebih tersusun, dan harus tegas dengan peserta yang dengan selamba potong barisan berlepas.

Keseluruhannya, aku gembira sertai larian ini, dapat ber zumba dance- hahaha, dan oh lupa, aku dapat lucky draw berupa lampu led panasonic. Oklah tu kan.

Untuk itu, jumpa lagi di Sungai Petani Half Marathon sabtu ini.

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...