Sunday 5 August 2012

London, Summer 2012

Aku sambung balik cerita jalan-jalan pada awal Julai hari tu.

Sampai sahaja di London Heathrow pada 2 Julai 2012, Isnin, cuaca agak dingin.

Seperti biasa urusan imigresen agak perlahan awal-awal pagi, barisan panjang. Namun, tiada masalah untuk masuk ke London.

Ni kali kedua aku ke London tahunini, maka, tiada masalah untuk ke central London.

Dari Heathrow Terminal 4, terus kami ambil Tube Piccadily Line, tukar di Earl's Court, ambil central line ke Bayswater. Pagi tu agak mendung.
Sampai di Bayswater, terus pergi letak barang di Bayswater Hostel, yang terletak 50m dari Tube station.

Selesai urusan persiapkan diri dan kemas barang di hostel, kami terus mencari sarapan di sekitar Bayswater ni. Kawasan Bayswater ni banyak kedai halal, Tesco dan Sainsburu pun ada, maka, soal makan tidak menjadi masalah.

Lepas makan, kami memulakan aktiviti untuk melawat dan bergambar dengan ikon-ikon utama kota London. Antara kami bertiga, semua dah pernah sampai ke kota London, maka, tifaklah teringin sangat nak masuk semua ikon-ikon. Hahah.

Pagi tu, hujan mulai turun. Sejuklah juga. Dengan travelcard harian berharga £7, untuk tube, bas dan light rail, ferry, maka, ia menjimatkan untuk bergerak ke ikon-ikon menarik sekitar zon 1 dan 2 di London.

Hari ini kami ke Trafalgar Square, bergambar sekitar situ, lalu bergerak ke Big Ben, berjalan-jalan sekitar tepi Sungai Thames, menuju ke London Eye, Tate, Millenium Brigde, Tower Bridge, Tower Bridge, Tower of London etc...

Penat berjalan dalam keadan hujan renyai-renyai, kami seterusnya menuju ke Oxford Street. Seperti biasa, jalan ini penuh dengan shopaholics, takpun sekadar pengunjung yang sekadar mencuci mata.

Dari Oxford Street, kami ke Egware Road, mencari juada makan tengah hari. Area Edgware Road ni banyak kedai-kedai Arab. Senang.

Lepas makan, kami jalan-jalan pinggir Hyde Park, kemudian terus ke beberapa pasaraya yang ada di Oxford Street, seperti Primark, H&M, dan singgah masuk butik-butik yang ada. Tak shopping pun, walaupun sekarang tengah Summer Sale. Ramai sangat orang. Hahaha. Lagipun, ini baru hari pertama, setiap £ yang ada amatlah berharga.

Seperti pagi tadi, petang juga hujan. Maka, sekitar jam 6.30 petang, kami bersiap kembali ke hostel. Dalam jam 11 malam nanti kami akan bergerak ke London Gatwick Airport, kerana awal pagi esok akan berlepas ke destinasi berikutnya, Nice, Perancis.
Seperti biasa, bila di London, mencari bas Merah, Routemaster
Area Trafalgar Square, Lepas hujan
Ni dalam St Pancras International Station
Tower Bridge at the back
Pondok telefon merah
Depan TATE
St' Paul Cathederal kt belakang tu

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...