Saturday 25 August 2012

Monte Carlo, Monaco

Keesokan paginya, kami bergegas ke Nice dengan bas. Sampai sahaja di Nice Airport, kami simpan bagasi di Airport. Kemudian, kami ke Nice SNCF Station. Ambil keretapi untuk short trip ke Monaco.

Dengan tambang yang agak berpatutan, keretapi bergerak dalam masa 35 minit dan terus sampai di Monte Carlo.

Cuaca sangat panas dan sesuai untuk membuat eksplorasi di Monte Carlo.

Tarikan pertama adalah litar F1 yang terkenal dengan litar jalanan paling perlahan dlm F1, kemudian berjalan menuju ke kawasan marina, melalui terowong dan seterusnya ke kawasan Royal Casino yang menjadi daya tarikan golongan mewah ke Monter Carlo.

Kiranya separuh daripada litar F1 tu kami pusing. Berpeluh juga. Tapi dapat tengok kepadatan Monaco yang merupakan negara ke-2 terkecil di dunia, selepas Vatican.

Kami hanya pandang dari jauh je kawasan Istana pemerintah di Monaco ni. Panas dan tak cukup masa nak daki bukit tu. haha.
Oh ya. Monaco sangat mahal.
Menuju ke tunnel yang glamor tu
taman depan royal casino
Casino Monte Carlo
lihatlah betapa padatnya Monaco
kat bawah  tu adalah Fairmont Hairpin, the slowest corner in F1
The other side of Monaco
litar F1

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...