Monday 25 February 2013

Standard Chartered Hong Kong Marathon 2013

Standard Chartered Hong Kong Marathon 2013
Date: 24 February 2013
Start/Finish: Nathan Road/Victoria Park, HK
Time: 6.40 am

Kali ini aku bermarathon di Hong Kong pula. Tiba tengah malam pada 22/2, ambil race kit pada 23/2, lari pada 24/2, dan balik Malaysia pada petang 24/2. Memang rushing dan memenatkan.

Marathon kali ini pun ala-ala mencabar, laluan yang berubah elavation, dari jalan biasa, ke flyover, ke jambatan, ke terowong, ke jambatan lagi, ke terowong lagi, ke jambatan lagi ke terowong dasar laut, ke flyover ke jalan raya. Pergh memang mencabar. Cuaca lak agak dingin.

Berlepas jam 6.40 pagi, untuk kategori Marathon Challenge (di SC HKM ni, ada beberapa kategori untuk marathon, bagi memudahkan pelepasan dan tidak menyesakkan laluan, kerana, sesetengah jalan amat sempit).

Seperti biasa aku berlari dengan pace sendiri. Tapi bila memasuki terowong pertama di KM9 (atau 10) aku dah mulai penat semacam, dan pertama kali aku buat walk break seawal ini dalam marathon. Ambil nafas. Minum air, dan badan masih kurang berpeluh. Aku terus berlari dengan agak perlahan hingga ke jambatan berikutnya, Tsing Ma bridge (jambatan ni cantik dan ikon di HK, ala2 jambatang golden gate di SanFranc). Nah, berlari hingga ke hujung jambatan dan berpatah balik, ke jambatan berikutnya. View agak menarik, kat bawah hanyalah laut..
Laluan penuh adalah seperti berikut:
     
[Start on Nathan Road (TST) near Hotel MiraAustin Road Canton Road Wui Cheung Road(w/b) D1 Road West Kowloon Highway(s/b) Ngong Shuen Chau Viaduct(e/b) Stonecutters Bridge(s/b) East Tsing Yi Viaduct(s/b) Nam Wan Tunnel(s/b) West Tsing Yi Viaduct(s/b) Tsing Ma Bridge(Kln/b) Ting Kau Bridge(s/b) Cheung Tsing Tunnel(Kln/b) Tsing Kwai Highway(s/b) West Kowloon Highway(s/b) Western Harbour Crossing(s/b) Connaught Road West Flyover(e/b) Man Po Street Man Kwong Street(e/b) Man Yiu Street(s/b) Lung Wo Road(e/b) Fenwick Pier Street(e/b) Convention Avenue(e/b) Hung Hing Road(e/b) Marsh Road flyover Lockhart Road(e/b) East Point Road Great George Street Gloucester Road(n/b) Finish at Victoria Park, Hong Kong ]
[Source: www.hkmarathon.com] [Untuk rajah penuh race course juga boleh dilihat di http://www.hkmarathon.com

Menghampiri km21, aku terasa amat letih sangat, dan cross 21.1km dalam masa 2j37m, agak perlahan. Seterusnya, berlari-berjalan-berlari lagi hingga ke km26, dan masa inilah kaki mula rasa sakit di bahagian lutut dan cuaca mulai panas sedikit. Lepas dapatkan minyak panas dari medical stop yang ada, baru rasa lega.

Oh ya, sepanjang di race course ni, bekalan air, isotonik, cokelat, pisang semua ada. Plus, kata2 motivasi serta komik2 yg menarik perhatian pun ada. Nak give up pun rasa sayang.

Sambung balik, dari km 26 ke km 33.3, aku berlari dengan agak perlahan dan sambil berjalan bila perlu. Tekanan mula dirasai, kerana aku kena sampai di check point 33.3km sebelum jam 11.30 pagi, pulun lah aku berlari hingga ke CP tersebut. Kelihatan juga ramai slow runners seperti aku yang gigih untuk sampai ke CP before cut off time tu. Ini kerana sekiranya lewat, maka, terpaksalah naik sweeper bus yg sedia menanti. Oh ya, HKMarathon ni, cut off time dia 6jam. Maka, bagi memudahkan perjalanan race, di setiap check point, memang ada time limit dia.

Checkpoint berikutnya adalah di km36.9, sebelum jam 12.00 pm. Menghampiri km34, aku merasanya macam nak give up, terowong dasar laut menanti di hadapan. Tapi memang terharu, bila crowds tepi toll tu (rasanya ramai students HK U) bagi sokongan, dan meremang bulu roma aku bila terdengar perkataan "MALAYSIA BOLEH" yup. memang itu yang aku dengar kt situ. Terus aku lambai dan senyum kt diaorang. Memang superb. Memikirkan aku kesuntukan masa, maka, digigihkan juga berlari/berjalan untuk sampai ke km 36.9 sebelum jam 12.00. Aku sampai di sana dalam jam 11.52am.  

Seterusnya, km40.7 sebelum jam 12.30. Kali ini, dah keluar terowong, cuaca makin panas, dan agak dingin sebenarnya. Makin ramai runners ala2 zombie semua, dan semestinya keep encouraging each other untuk terus menamatkan larian. Pada masa ini, memang terasa macam dah abis segala2nya. Hinggalah nampak sign, 1km to go, terus rasa semangat, tambahan pula, di jalanan yang sempit, dan crowds yang ramai di tepi2 shopping complex yg ada, aku berlari dan berlari, walaupun sakit...hinggalah ke garisan penamat.....selepas 5j55m.......berjaya juga.....

Memang mencabar buat ku di HK in. Hinggakan ada yang perasan gambar aku selepas lari agak kurang ceria (jika dibandingkan dengan gambar Dubai). Apa-apa pun, race kali ini memberi pengajaran berguna, sentiasa bersedia dengan apa jua cabaran dan cuaca, serta never give up.

Terharu bila di garisan penamat, tengok ramai crowds, runners dan sebagainya, encouraging runners lain, bagi kata-kata semangat, untuk push supaya cross finishing line before 6 jam.

Maka, itulah kisah ku di hong kong. Moga bertemu di marathon akan datang.

pada masa ini, masa untuk rest, recovery, rehydrate, and setting a new goal...

#RunGmeRun       



Keputusan rasmi: Just below 6.00 hrs.




Terowong pertama


Sebelum pelepasan


self potrait atas jambatan


ni ala2 menuruni bukit, laju sikit larinya


selepas hampir 6 jam...




menuju penamat, di Victoria Park. sini, best kerana ramai crowds




terowong dasar laut






menuju stonecutter bridge


atas Tsing Ma Bridge




antara motivation yg ada
very hard earned medal
dan....Dim Sum...selepas ber marathon.... (lokasi Islmic Centre Canteen, Wan Chai)

2 comments:

  1. "....dari jalan biasa, ke flyover, ke jambatan, ke terowong, ke jambatan lagi, ke terowong lagi, ke jambatan lagi ke terowong dasar laut, ke flyover ke jalan raya.."

    Pengsan!!

    ReplyDelete
  2. anna: tulah, race course kali ini memang mencabar. keluar masuk terowong segala.

    ReplyDelete

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...