Tuesday 16 April 2013

Paris Marathon 2013 : The Race

Tarikh: 7 April 2013
Mula: 8:45 pagi
Di : Champs de Elsyee

Tu dia suhu pagi ini adalah 3C. Memang menduga jiwa dan raga.
Kemeriahan Paris Marathon bermula pagi itu. Lepas letak beg di kawasan Avenue Foch, terus ke starting area. Corral aku adalah 4h30m, warna pink, di belakang sekali.
Memang jangka bermula wave terakhir kot, selepas semua waves kt depan berlepas.

Sekitar lepas 50minit dari pelepasan pelari elit dan semua waves lain, corral aku dilepaskan.
Bermula dari saat lintasi timing mat, aku berlari dalam keadaan yg agak kurang selesa. Sejuk. Macam tidak berpeluh.

Hingga ke KM10, aku masih lagi berjaya ikut pace untuk 5hrs, iaitu target utama aku di Paris Marathon kali ini.

Sepanjang race course memang ramai orang, termasuklah pelancong yang berenti bagi sokongan. Aura berlari di Paris sungguh mengujakan. Muzik dan persembahan berkaitan rasanya di setiap 2/km kot, di tempat-tempat strategik.

Dari km11 ke km21 aku belari dengan pace sendiri yang agak slow. Even belon pace 5hrs mula melepasi aku di km23. Saat ini, memang aku rasa harapan untuk buat bawah 5hrs agak samar. Berlari/berjalan/berjalan laju/ berlari lagi, itulah strategi aku untuk second half marathon ini.

Rasanya lepas km30 pun aku rasa macam sejuk. Huhu. Mujur takde cramp yg teruk. Aku berlari2 anak hingga ke km35. Lepas tu, rasanya banyak jalan hingga ke km 40. KM41 hingga penamat baru aku berlari dengan sukarianya. Haha. Berjaya melintasi garisan penamat dalam masa 5:28. Lewat 28 minit daripada yang aku sasarkan.

Namun, perasaan menamatkan marathon adalah sangat indah walaupun gagal buat PB.

Paris Marathon adalah marathon terbaik dan terbesar yang pernah aku sertai. Cukup daripada semua segi, air, muzik, manisan, kismis, oren dan sebagainya. Urusan post marathon, mudah, pembahagian finisher tee, medal, air, dan ambil bag mudah dan cepat.

Moga aku berjaya tamatkan marathon di bawah 5 jam. Di suatu masa.

Au Revoir PARIS!!
 #maklumat lanjut mengenai paris marathon boleh diperoleh di http://www.parismarathon.com 

Daripada 38K finisher (6:30 hrs cutoff time)



Lihatlah betapa ramainya runners. Aku bermula di corral 4:30, berdekatan butik LV


Yeay dah nak tamat


Tetap maintain pandang kamera kan


Love the finisher medal. Colorful.


Yeay kibarkan jalur gemilang


with our pride. Jalur Gemilang.


Medal penamat disarungkan kepada leher marathoner


semua keletihan lepas marathon


ni cuaca pada pagi itu


salah satu water station


ni je gambar aku bersama Eiffel masa lari. ni sekitar km 29 kot.


bersedia untuk berlepas

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...