Sunday 26 May 2013

Hatyai Marathon 2013

Hatyai Marathon 2013
26 Mei 2013
Mula/Tamat: Jinarokorn Stadium
Jam: 3.30 pagi

Pre-Race
25 Mei 2013

  • Datang ke Hatyai buat pertama kali (pertama kali juga jejak tanah Thailand). Naik bas dari Pudu Sentral ke Lee Garden Plaza di Hatyai. Berjam-jam juga untuk sampai kerana Q di border sangat lah lama. Ramai org berhujung minggu.
  • Check in di JB Hansa Hotel. Agak jauh dari pusat bandar. Tetapi agak dekat dengan Stadium.
  • Ambil bib di stadium. Meriah dengan runners yang ramai juga mahu mendaftar.
  • Sesi berkenalan dengan Malaysian runners yang lain yang selama ini just follow blog diaorang dan terjumpa di race terdahulu.
  • Lepak dan berkongsi pengalaman dengan diaorang. Meriah. Happening.
  • Oh ya, kawasan luar stadium tempat ambil bib ni sungguhlah macam pasar uptown, kerana semua pakaian terutama berkaitan dengan sukan, dijual dengan murah-murah. Kasut pun murah. Tapi faham2 lah kan, fake gred AAA. Hehe.
  • Naik tuk-tuk pergi makan dekat restoran pokok mangga. Nah, sekumpulan runners serbu kedai ini. Meriah. Makan ramai2 memang best. Mesra. Menu wajib adalah tomyam, kerabu mangga, ikan masak steam, dan ayam.
  • Penat dan kenyang makan. Sambung berjalan di sekitar pasar tepi Lee Garden Plaza. Lepas tu semua balik ke hotel dan rehat, sebelum sambung carboloading di stadium petang nanti.
  • Lepas berehat kejap di hotel, aku pergi pasar terapung Khlong Hae. Pasar di mana orang jual dalam sampan di dalam sungai.
  • Balik hotel, rehat lagi sekali. Petang tu, pergi carbo loading di stadium. Nah, macam kenduri hospitaliti Thais ni. Best. Nasi telur dadar, bubur segala.
  • Kemudian, sambung gi dinner di restoran kelantan. Lepas tu, merayau malam di kawasan lee plaza yang meriah itu.
  • Tamat, balik hotel rehat dan bersedia untuk race.
Race Day
26 Mei 2013

  • Awal-awal pagi bersiap dan terus jalan kaki ke stadium. Jumpa group semalam. Borak-borak dan warm up. Bergambar juga. 
  • Lepas itu, diiringi oleh pasukan pancaragam, pelari diarak dari stadium ke jalan besar depan stadium untuk pelepasan.
  • Bertukar2 kata-kata semangat. Dan 3.30 pagi, marathon dilepaskan.
  • Sasaran aku untuk marathon ke-7 ini adalah untuk buat PB, walau bagaimanapun, bergantung pada prestasi untuk 10km dan 21km pertama.
  • Berlari dalam bandar Hatyai, jalan kosong lagi awal pagi, marshall memainkan peranan.
  • Laluan diteruskan ke kawasan kampung, siap lalu kawasan floating market. tapi gelap dan tak nampak apa. Lampu jalan ada, tetapi tetap terasa gelap.
  • Nampaknya seawal water station yang pertama lagi aku dah berenti dan ambil nafas. Rasa macam lambat panas pulak pagi ini.
  • KM10, aku check gps, dalam masa 1:18, nampaknya kena ubah strategi dari sasaran PB dan target bawah 6 jam. Ini kerana aku berlari dengan amat slow, setiap kali nak berjalan je, terpaksa motivasikan diri untuk berlari.
  • Dari kawasan kampung, masuk ke highway yang sangat lurus, untuk buat u-turn di km24. Highway ditutup sepenuhnya 2 lorong awal pagi ini. Terdapat beberapa tempat yang kurang lampu dan agak gelap (dan gelita).
  • KM21, check gps balik, 2:45. Dan mula berlari secara mental untuk tamat sebelum 6 jam.
  • Aku melepasi km30 dalam 4;10, pergh, banyak jalan dan lari kejap dan jalan lagi. (Nah, salahkan diri sendiri kerana kurang latihan dan LSD). Bagi nak elakkan cramp, aku berlari 2 tiang lampu dan jalan 2 tiang lampu. 
  • Cuaca lepas u-turn mulai panas. Pergh amat panas. Mujur di setiap water station di sepanjang highway ada tembikai, air sirap, air ors, wet tisu segala. Yang best air sentiasa sejuk.
  • Ada beberapa tempat yang tidak berpokok di sepanjang highway. Maka, bertabahlah berlari/berjalan menahan mentari.
  • Kadang-kadang, agak bahaya pula, bila highway dibuka sepenuhnya, jalan kembali sibuk dan semua kenderaan laju. Terdapat beberapa simpang, marshall tiada. Namun, semua terkawal.
  • Lari/Jalan hingga ke last water station. Minum air sirap hijau. Sedap. Nampak tuk2 banyak. hehee. terpikir gak nak naik tuk tuk je. hahaha.
  • Berlari 2km terakhir di bandar menuju ke stadium. Tengok jam ada 15 minit sebelum 6 jam. Maka, terus gigih melawan kesakitan dan kemalasan (untuk berlari), berlari-lari anak di tengah jalan raya yang busy (mujur ada polis berkawal, agak scary juga ditengah2 jalan ni).
  • Berjaya juga melintasi garisan penamat dalam 5:58.
  • Misi sub-6hrs berjaya
  • Misi PB tertangguh ke marathon akan datang.
  • Lepas ambil baju penamat (yang ceria), medal (yang unik ada logo padi), terus minum coke yang banyak. Pergi ke runners welfare area, ada nasi beriyani, aku makan sikit je. Sedap, tapi rasa dahaga mengatasi segala-galanya, maka, minum coke, fanta oren, fanta strawberi segala.
  • Cool down. Lepas itu, pergi lepak dengan group runners malaysia. Bagi sokongan kat runners lain yang sedang menamatkan larian.
  • Kemudian, bergambar2 kenangan.
  • Lepas tu, aku berundur diri awal untuk kejar bas ke butterworth dan seterusnya sambung perjalanan ke KL.
Secara keseluruhannya, seronok berlari di Hatyai Marathon ini. Berbaloi. Bayar RM50, dapat event tee dam finisher tee yang ceria, pastu medal penamat yang unik, fee pre-race carboloading dan post race food yang banyak.
Pastinya akan kembali lagi ke sini. Pengurusan race adalah baik, hospitaliti yang best, water station yang sentiasa sejuk, bekalan tembikai yang mencukupi. Satu je yang kurang best, iaitu terdapat kawasan yang gelap, dan kawalan marshall agak kurang dibeberap persimpangan bila jalan dibuka semula.

Hingga bertemu di larian akan datang.

#Run Gme Run.
Results dr championchip thailand seperti berikut:

347 30M 56 MOHD AZMI BIN ISA MAS M 30-34 27 05:08:21 03:15:56 05:59:54 05:58:50









No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...