Sunday 27 October 2013

Cahaya SPK Fun Run 5km

Tarikh: 27 Oktober 2013
Tempat: Cahaya SPK, Seksyen U9 Shah Alam
Masa: 7:15 am
Jarak: 5km

1. Larian ini adalah percuma. Pelari perlu letak deposit RM20 semasa ambil bib, dan dapat semula lepas larian. Fun Run ini diadakan sempena perasmian jejambat baharu yang menghubungkan jalan utama ke susur masuk kawasan Cahaya SPK.

2.  Tepat 7:30 am, peserta dilepaskan oleh MB Selangor yg sebelum itu merasmikan jejambat baharu tersebut. Kira-kira lebih 300 orang runners berlari menuruni jejambat, masuk ke pintu utama SPK, seterusnya laluan mendatar hingga ke km 3.5. 

3. Cantik landskap dalam kawasan perumahan ini. Water Station pertama di km3. Aku berhenti sekejap, setelah terikut-ikut dengan pace orang lain di awal larian. Lepas km3.5, kena turun tangga dan masuk kawasan tasik. Sini pun cantik laluan jogging dia. Hingga ke km4.4, ada mendaki sikit, kemudian turun bukit semula. Apa lagi tingkatkan pace, dan berusaha utk tamatkan larian bawah 30 minit.

4. Berjaya tamatkan larian dalam 29:31. Yeay. Dah lama tak dapat sub 30mins utk 5km. Lepas tamat, dapat medal, segera minum milo, dapatkan breakfast dalam goodies bag, ada nasi lemak, pisang, roti dan air mineral. Bersarapan di tepi kolam. Best. Lepas tu, collect semula deposit RM20. Lepak2 tgk penyampaian hadiah dan lucky draw. Nampaknya tak bertuah harini. Hehe.

5. Keseluruhannya, larian ini best, simple dan yang penting ianya percuma seterusnya menggalakkan lebih ramai orang utk berlari. Di samping dapat tengok rumah2 canrik dalam spk cahaya ini, yang penting adalah saat berjumpa kawan-kawan runners yang lain. Tahniah juga pada Ejah, yg dapat podium (#3).

Run Gme Run 

T-21 days : PBIM






No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...