Monday 18 November 2013

Penang Bridge International Marathon 2013 - My Anniversary Marathon

Penang Bridge International Marathon (PBIM) 2013
17 November 2013
2 pagi

1. Bertolak dari KL sekitar 6 petang. Tiba di Sg Nibong dalam 11 malam. Bersiap dan berehat sekejap sebelum dalam 12.30 pagi bergegas berjalan kaki ke Queensbay. Hujan pada masa ini. Sejuk.

2. Memandangkan dari awal aku sedar bahawa kehadiran ke Penang kali ini amatlah tidak bersedia dan kurang latihan, maka, sasaran yang realisitik ditetapkan iaitu menamatkan marathon dalam cut off time, tanpa kecederaan. Tiba di Queensbay Mall dalam jam 1 pagi, hujan masih turun. Letak bag, kemudian panaskan badan, serta bergambar2, dan ucapan selamat dengan kawan-kawan runner yang ditemui sebelum memulakan marathon.

3. Dalam 1;30 am, CM Penang sampai dan mulakan acara Milo Flames, sebelum melepaskan FM runners pada jam 2.00 am. Semasa ucapan sebelum pelepasan, dimaklumkan bahawa tahun ini ada 4,700 lebih untuk kategori FM, wow, sangat ramai. Dan lebih 47,000 untuk semua kategori.  The biggest marathon in Malaysia, as they claimed. Ini kali terakhir dibuat di jambatan sedia ada. Pada tahun 2014, akan dibuat di Jambatan Kedua.

4. 2 pagi, FM dilepaskan. Nah, beribu-ribu runners, memenuhi jalan nan sempit hingga ke susur menuju  ke U-turn pertama di Seagate. Aku bermula sangatlah perlahan, hinggakan 1km pertama dalam 8:40, dan maintain 8:00 hingga ke km4, u-turn. Pergh, takde kon memisahkan runners yang dah u-turn dan belum u-turn. Sangatlah sesak. Lepas u-turn, hingga ke km8, baru rasa selesa berlari.

5. Melintasi km10, aku buat 1:10, masih ok nampaknya. Bila memasuki jambatan, laluan menjadi makin mental, mengetahui bahawa u-turn berikutnya adalah di km-18, berdekatan depan tol. Maka, berlari lah dengan pace yang cukup-cukup makan untuk sub 6:00. Maintain berlari belakang belon 5:30 hingga ke u-turn. Lepas rehat kejap di km 19, diberi roti, aku tak makan pun. Takde selera. Hanya hirup gel, dan minum air. Sekitar km 20, belon 5;30  mula jauh meninggalkan aku. Hmmm, aku mula agak down dan mental blocked. Mengetahui bahawa perjalanan masih jauh, dan aku mungkin tak dapat nak kejar semula belon itu. Melintasi km21 dengan 2:39. Agak baik.

6. Ketika di km24, aku mula rasa malas dan tak ada mood untuk berlari. Walaupun kaki takde rasa kesakitan melampau, tapi mungkin sebab mengantuk dan penat tak cukup rehat before race, aku jadi malas dan moody. Berhenti makan gel, minum air, tuamkan ais di lutut, serta bergambar-gambar atas jambatan itu. Sebelum meneruskan larian. Cuaca masih sejuk. Maklumlah lepas hujan. Sebenarnya ini amat sesuai untuk berlari. Tapi entahlah, mood aku hilang.

7. Keluar dari jambatan memasuki Jelutong Highway, nah ini lagi satu strectch yang membosankan untuk ke u-turn di km33. Pada masa ini, kelihatan belon 6:00 makin menghampiri. Aku berlari, dan berlari sambil di selang seli dengan berjalan. Hingga ke km 33. Ada surau sementara di situ, rehat dan solat. Makan kismis yang aku bawa, memandangkan terasa amat lapar kt sini. Tak lama lepas itu, belon 6:00 melintasi uturn itu. Dan sesaat itu, aku membuat agakan yang aku akan tamat lebih dari 6:00.

8. Alang-alang lama berehat di km33, aku segarkan balik badan, refuelling dan kembali bersemangat untuk habiskan PBIM ini. Melintasi km34, ada bomba buat pancuran air. Apa lagi, ala2 mandi gitu, maklumlah dah terasa macam zombie sudah. Aku meneruskan lari/jog/walk untuk menghabiskan baki 9km lagi. Pada masa ini, aku membuat agakan yang aku boleh tamatnya dengan 6:15, kalau aku maintain pace sendu-sendu ini. Mengetahui bahawa selepas susur dari jambatan akan sesak dengan 10km runners dan fun run, maka, sedaya upaya aku mempercepatkan diri untuk sampai ke garisan penamat.

9. Hampir 2.5 km ke garisan penamat, aku rasa kasut aku macam lain macam. Lari sikit terus rasa x selesa kat kaki. Bila aku cabut kasut, baru perasan yang ruang belakang tapak tu dah rosak. Apa lagi, larian harus di tamatkan. Dengan beraninya, aku buat apa yang tak pernah aku buat sebelum ini. Berlari berkaki ayam, barefooted with socks. Mengejar untuk tamat dengan 6;15. Memasuki simpang Queensbay, aku berlari-lari hingga ke garisan penamat. Sambil melambai-lambai dan mengucapkan thanks kepada runners/kawan2 yang dah tamat lebih awal yang memberi sokongan di sekitar garisan penamat.

10. Akhirnya, tamat dengan 6;15. Yeay. Walaupun lebih teruk dari tahun lepas. Ia tetap bermakna kerana ini merupakan anniversary pertama bergelar marathoner. Dan semestinya, marathon medal number 13 safely hang around my neck. Lepas tamat, segera beratur ambil baju penamat, medal, dan breakfast. Oh ya, tahun ni ada hashbrown dan sup tomato. Apa lagi dengan hujannya masa tu, aku pulun minum sup tu, lepas tu, minum milo seadanya. Rehat kejap, dan cooling down.

11. Seterusnya adalah sesi bergambar2 dengan kawan-kawan yang masih belum beredar dari Queensbay. Signal phones sucks masa ni. Nak call semua orang pun susah. Puas bergambar, dan bertukar-tukar ucapan tahniah, segera berjalan ke shuttle bus untuk ke komtar.

12. Maka, tamatlah sudah edisi PBIM kali ini. Moga dapat kembali  tahun hadapan di jambatan yang baru. Keseluruhannya, PBIM masih baik dan beberapa perkara perlu dititik beratkan seperti air botol, rasa membazir bila diberikan air botol bukannya dalam cup, kerana, atas jambatan tu aku tengok banyak botol air x luak sangat diletakkan atas barrier. Lepas tu kawalan pemisah untuk 4 km pertama, amatlah sesak. Tak ada kon. Isotonik juga kurang, pisang tak cukup untuk late runners. Medal tahun ini agak cantik dari tahun lepas, walaupun design masih so-so, begitu juga dengan finisher tee. 

13. Jumpa lagi di PBIM akan datang.





No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...