Saturday 29 March 2014

Brooks Half Marathon 2014

Tarikh: 9 Mac 2014
Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil
Masa: 5:30 pagi
Jarak: 21km

1. Kerisauan bertamu apabila pada hari larian, jerebu masih ada. Walau bagaimanapun, penganjur mengambil keputusan untuk larian diteruskan setelah mengambil kira langkah-langkah keselamatan.

2. Seperti tahun lalu, bilangan perserta tahun ini adalah memenuhi kapasiti. Awal pagi, sebelum memulakan larian, bergambar-gambar dengan rakan-rakan dan seterusnya memulakan larian.

3. Tahun ini, laluan diubah sedikit dengan memasuki bahagian lebuh raya kl - seremban terlebih dahulu, dan maka, kurang sikit sesak. Dari situ laluan memasuki bawah MEX, dan buat u-turn di kawasan berbukit dalam taman puncak jalil (kot), dan seterusnya, laluan sama dengan tahun lepas.

4. 1km menghampiri penamat, masuk depan sekolah sukan bukit jalil, dan seterusnya  pusing tepi stadium dalam 500 meter. Keputusannya, aku menamatkan larian dengan 2:42, baik sikit dari tahun lepas 2:56.

5. Ambil medal dengan kawasan sempit dan Q panjang. Huhu. Oklah sikit tahun ini dapat medal, berbanding trofi kecil tahun lepas. Baju finisher  pun warna kuning tahun ini.

6. Post race hospitality best, ada milo, watermelon, cendol/ais kacang, taufu fa.

7. Stay hingga lucky draw. Bergambar-gambar dengan rakan-rakan serta saling ucap tahniah.

Jumpa lagi di larian akan datang.








No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...