Monday 26 May 2014

Borneo International Marathon : The Pacer Edition

Borneo International Marathon 2014
4 Mei 2014
3:00 pagi
Kompleks Sukan Likas

Pengenalan

1. Borneo International Marathon merupakan marathon yang yg ke-17, dan yang penting bakal ia menjadi marathon pertama untuk beberapa rakan FMV iaitu Lisa, Hafeez, Mizan dan Ruud. BIM 2014 akan menjadi satu run-cation yg istimewa buat saya pada tahun ini. Semestinya, selain berlari edisi JJCM diteruskan juga di Kota Kinabalu.

Pre-Race

2. Tiba di Kota Kinabalu pada hari Sabtu, 3 Mei 2014. Jumpa ramai runners seawal pagi di LCCT. Satu penerbangan dengan bakal pacee saya, iaitu Hafeez dan Lisa. Bertemu juga dengan Ridwan dalam penerbangan yang sama. Selepas mendarat segera ke Suria Sabah untuk mengambil race kit. Kelihatan ramai juga muka kebiasaan semasa mengambil bib. Maka, beramah mesra dengan runners, bergambar-gambar dan seterusnya mula merangka edisi carboloading.

3. Edisi carboloading dimulakan dengan brunch di Upperstar. Kemudian sambung makan tengah hari di Mint Karamunsing. Seterusnya, bergerak ke laluan race course untuk mendapat gambaran laluan pada hari ahad nanti. Check in hostel masing-masing, rehat.

4. Sesi diteruskan dengan beramah-mesra dengan PPTD Runners di Little Italy. Seronok berkenalan dengan kawan-kawan runners. Selepas itu, meneruskan sesi perbincangan dengan Lisa dan Hafeez mengenai perancangan FM pada Ahad nanti. Sesi malam diteruskan dengan makan-makan seafood bersama Mizan, Safwan, Ruud, Suhirman. Layan makan seafood dan berkongsi pengalaman larian masing-masing. Seronok.

5. Selesai carboloading JJCM sepanjang hari dan habiskan masa berkualiti bersama teman-teman runners, segera kembali berehat di hostel. Mempersiapkan diri bagi menghadapi FM.

Race

6. Awal pagi ahad, saya terlewat bangun, terlepas shuttle bus ke Stadium Likas. Ambil teksi ke sana. Tiba, berjumpa dengan ramai runners, bergambar-gambar, berkongsi debaran dan keterujaan untuk menghadapi FM. Jam 3:00 kategori FM dilepaskan dari luar stadium. Kelihatan bilangan peserta FM tahun ini meningkat dari tahun lepas.

7. Strategi awal adalah untuk menamatkan FM bersama pacee hari ini adalah antara 6:00 -6:30 dan akan diteliti berdasarkan persembahan setiap kilometer. Memulakan larian dengan pace selesa dari luar stadium menuju ke bandaraya KK, hingga ke km10. Kedua-dua Lisa dan Hafeez dapat menyelesakan dengan rentak masing-masing. Kami memberikan senyuman kepada setiap kamera yang ada.

8. Memasuki km10, menghala semula ke stadium seterusnya ke laluan teluk likas. Strategi di sini adalah kami berlari perlahan, sambil seketika slowjog/fastwalk hingga ke Shell. Di Shell, berehat seketika, solat subuh, toilet break dan seterusnya menyambung larian ke simpang UMS. Memasuki UMS, laluan berbukit, dan pada masa ini laluan mula dibanjiri dengan peserta-peserta HM juga. Meriah. Melepasi km21 dengan 3:06, dan lisa 2:50 plus, meneruskan larian ke keluar UMS.

9. Keluar dari UMS, cuaca makin cerah dan semestinya mentari makin tinggi. Sasaran berikutnya adalah layan laluan hinggan ke U-turn di sekitar km29 plus. Saya melepaskan Lisa dihadapan kerana saya yakin beliau akan dapat kekalkan pace hingga ke u-turn. Di samping itu, saya memotivasikan Hafeez agar terus keep moving walau apa cara sekali pun. Sekali sekala dalam laluan itu, saya akan snap-snap gambar untuk motivasi. Dan semestinya motivasi berlari amat tinggi ketika ini kerana kelihatan ramai kawan-kawan runners telah selamat membuat u-turn, high-5 each other dan seterusnya saya merakamkan aksi-aksi mereka. Terima kasih kerana memberikan saya pose-pose yang ceria dan menggembirakan.

10. Bertemu semula Lisa di selepas u-turn, terus keep moving hingga melepasi km 30 dengan 4;20, pada masa ini, masih yakin dengan sasaran 6:00. Sekitar sebelum km31, bertemu dengan Razinaf. Bantu meringankan beban beliau, saya tolong bawakan running belt dan water bottle beliau, sambil belian meneruskan larian hingga ke u-turn. Seterusnya, saya agak terkejut bila melihat Suhirman terbaring di atas jalan sekitar sebelum km31, beliau cramp. Dibantu juga oleh Ruud, berjaya memotivasikan Suhirman, memberikan beliau air garam, gembira beliau tidak give up. Kami berehat seketika di gerai air kelapa di km 31 plus. Cuaca makin panas, dan air kelapa pada masa ini sangat menyejukkan dan menyegarkan.

11. Ruud segera dengan pace beliau di hadapan. Sementara itu, saya kembali berlari, fast walk untuk regroup dengan Lisa dan Hafeez yang semakin di hadapan. Sekitar km36, singgah di Shell, dapatkan coke, bagi kepada Hafeez. Kelihatan ia dapat membantu menyegarkan semula beliau. Terus memotivasikan beliau hingga dapat regroup dengan Lisa. Dan laluan teluk likas bermula dari km 37 - km40 seperti selamanya untuk dihabiskan. Kelihatan ada acara memancing di kawasan berkenaan. Jalan pada masa ini agak sesak. Starategi pada masa ini adalah untuk segera sampai ke km41 simpang kompleks sukan likas. Pada masa ini 6:30 adalah jauh dari jangkauan dan sasaran penting adalah untuk menamatkan 42.195km. Seterusnya, kami fask walk dibawah mentari yg meninggi dan membahang. Dari km41 hingga ke pintu masuk stadium, saya memastikan Lisa dan Hafeez menvisualisasikan detik penamat mereka. Gunakan segala tenaga untuk berlari di balapan menuju ke garisan penamat, memberikan senyuman paling manis kepada setiap kamera yang ada.

12. Dan selepas 6:55, lisa dan hafeez berjaya melintasi garisan penamat FM untuk kali pertama. Saya merasa amat gembira dan terharu , akhirnya perjalanan 42km berjaya dihabiskan. terimas kasih atas kerjasama dan harap jangan serik. hehe.Dan melihat mereka masih tersenyum selepas itu adalah suatu yg sungguh bermakna.

13. Disambung dengan sokongan dan dorongan dengan rakan-rakan runners yg telah sedia awal menamatkan cabaran, kami mendapatkan medal penamat, baju penamat dan segera refresh dengan minuman dan makanan. Saat kegembiraan dikongsi beramai-ramai dengan pelbagai perasaan bercampur baur. Mengakhiri momen indah di Stadium, dengan bergambar-gambar kenangan dan bertukar-tukar ucapan tahniah. Di samping itu, memberikan semangat kepada runners lain yang masih meneruskan cabaran di Stadium.

14. Keseluruhannya,BIM 2014 yang mencabar dari segi cuaca. Di samping itu, penganjuran kali ini agak baik, cuma keperluan isotonik di beberapa WS perlu ditingkatkan dan kawalan trafik di simpang yang terakhir agak tiada.

15. Tahniah kepada semua yang menamatkan cabaran di BIM2014, walau apa jua kategori dan masa anda. Kerana anda adalah hero/heroin.

Post Race

16. Sesi post race di mulakan dengan makan tengah hari bersama PPTD Runners. Berkongsi-kongsi pengalaman dan cerita, seronok pertama kali jumpa kalian. Moga hubungan akrab diteruskan di masa-masa akan datang. Terima kasih atas peluang, dorongan dan sokongan yg diberikan oleh PPTD Runners.

17. Sesi jamuan meraikan FMV-no more di adakan pada malam hari bagi meraikan kejayaan Lisa dan Hafeez serta Taufik dan kawan atas cabaran masing-masing.

18. Selamat berehat dan recovery semua. Jumpa lagi di lain larian. Tahniah sekali lagi atas kejayaan masing-masing.

19. Dan sesungguhnya edisi run-cation pada kali ini memang menyeronokkan dan saya berjaya melaksanakan misi FM-17 dengan sesuatu yang sangat indah.

Yes, WE DID IT.


Album penuh di fb:

https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10152165802908822.1073741872.530093821&type=3













No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...