Sunday 10 August 2014

NM Galaxy Road Run - Series 3

Stadium Nasional Bukit Jalil
5:30 am (10km) 5:15 am (18km)
10 Ogos 2014

1. Nampaknya NM Series 3 sekali lagi berturutan. Kali ini selepas ENR malam tadi. Seperti biasa, saya menyertai NM untuk bersukaria, bersua muka, bermotivasi dengan rakan-rakan pelari.

2. Dilepaskan awal berbanding dengan siri-siri terdahulu, maka, suasana amat kondusif untuk berlari. Bilangan pelari agak berkurangan berbanding siri-siri terdahulu. Namun, kemeriahan tetap terasa.

3. Kali ini saya memilih jarak 10km. Berlari sambil fastwalking, hampir kebanyakan tempat dalam laluan larian. Sebenarnya, saya tidak berapa gemar dengan laluan di bukit jalil ini, sentiasa akan sama dengan larian-larian terdahulu dan pasti akan melalui lebuh raya kl-seremban tu sedikit. Dan pagi tadi, ada kemalangan. Rasanya pelari terdahulu sebelum saya, dapat tgk aksi kemalangan tersebut. Ketika sampai, saya lihat kereta tengah dialihkan dari kawasan kemalangan. Risau, kaca2 terpercik digilis kenderaan yg masih di atas jalan.

4. Keseluruhannya, NM series kali ini masih seperti dahulu. Tidak ada wow factor. Namun, keseronokan berlari tetap ada. Hospitaliti terjaga, water station yg sentiasa mencukupi, Gatorade yang berlambak, siap seorang dapat berbotol-botol kot (mungkin untuk last runners), tp saya perhatikan lepas race masih dapat Gatorade dalam botol. Saya suka dan diberikan beberapa botol. :) Oh ya nak tamat ada pancuran air bomba. Sejuk. Catatan masa 1;46 untuk 10km, heheh agak baik kalau kira dengan betapa banyaknya saya berjalan dalam race ni.

5. Walau bagaimana pun, keseronokan berlari hari ini adalah dapat memotivasikan beberapa rakan pelari yang larian dara 10km dan 18km masing-masing. Memang perasaan melihat mereka di garisan penamat sungguh mengujakan. Tahniah lagi sekali. Kerna larian harus dinikmati bersama dan saat kebersamaan dengan rakan pelari semasa berlari adalah sungguh bermakna.

6. Aktiviti post-race diisi dengan bergambar-gambar kenangan dengan rakan-rakan, tidak kurang juga beramah mesra, berkenalan dengan rakan-rakan yang selama ini di fb sahaja.

7. Jumpa di siri 4 nanti.


Keseronokan berlari adalah.....bertemu dengan kawan2



Gambar di:

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...