Sunday 25 January 2015

2/2015: 100 Plus Outrunner

Putrajaya
24 Jan 2015
12km | 9km | 6km
8:00 malam
POJ

1. Saya mendaftarkan diri utk kategori 9km. Berbekalkan "kepenatan" jarak 32km pada siang hari, maka larian malam ini adalah riang ria 9km.

2. 12 km dilepaskan 8:00, 9km Dilepaskan 8:15 dan 6km pada 8:30. Terdapat bunga api selepas flag off. Seperti biasa, sebelum masuk ke corral masing-masing, sesi ramah mesra bersama rakan-rakan larian, serta ucapan selamat.

3. Selepas menyaksikan pelepasan 12km, saya bersedia untuk 9km. Mengambil peluang untuk memulakan larian dari kelompok belakang. Berlari dengan pace bawah 6:00 hingga km2, tatkala garmin mati. Seterusnya, dengan memulakan segala gajet, berlari riang-ria sambil menyapa rakan-rakan dan ada yg menegur mengenai pakaian saya. :). Berhenti di setiap stesen air.

4. Laluan adalah hampir sama dengan larian-larian lain di Putrajaya, maka,sedikit sebanyak  memberi keselesaan kepada saya untuk berlari tanpa tekanan. Terdapat volunteer yg bersorak di atas jambatan menghala ke PICC, meriah.

5. Berlari dengan mood riang ria, saya menamatkan larian dengan catatan di jam besar 55minit. Yeay. Senyum. Lantas ambil finisher pack. Rehat , legakan kaki , sambil menanti/memberi sokongan kepada rakan-rakan lain.

6. Menutup aktiviti adalah sesi bergambar, selfie sana sini bersama rakan2 pelari. Seronok dapat ber jumpa dan berkenalan dengan pelari-pelari. Tahniah semua , PB or no PB, waima apa jua kategori anda.

7. Keseluruhannya, pada hemat saya, penganjuran malam ini adalah baik. Terdapat air 100plus sblm larian, booth, ruang start/finish berasingan memberikan keselesaan, post race snack yg lengkap, dan aspek2 utama terkawal.

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...