Thursday 1 January 2015

NEW YEAR EVE FUN RUN 2014

Mutiara Damansara
9 Malam
31 Disember 2014

1. Dilepaskan jam 9.00 malam. Emcee maklumkan jarak 4.7km. Cuaca selepas hujan. Laluan adalah melalui sekitar Mutiara Damansara menghala ke Bandar Utama dan kembali ke depan bangunan Kidzania utk penamat.

2. Satu WS, mencukupi dan laluan terkawal cuma persimpangan terakhir bunyi hon kedengaran. Tipikal.

3. Kebanyakan pelari berlari dengan Belon Dan lampu kecil yang dibekalkan. Saya berlari riang le garisan penamat dalam 32 minit.

4. Seperti biasa penamat diberikan medal, roti, air, pisang. Seterusnya sesi bergambar dengan rakan2 , dan bertemu rakan-rakan baru. Keseluruhannya, NYE Fun ini dianjurkan dengan baik, satu larian malam dalam mood fiesta menyambut tahun baru. Dengan yuran RM25, ia adalah berbaloi, medal cantik, baju drifit oleh brooks dan hospitaliti.

5. Malam diakhiri dengan ucapan selamat antara satu sama lain bersama rakan-rakan. Moga bertemu di lain acara.

Rasmilah penutup musim 2014 saya.

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...