Tuesday 24 February 2015

International Friendship Run

21 Februari 2015
Mulai 9 am
Panasonic Centre, Ariake
5km

1. Datang ke Panasonic Centre dalam 9:30 pagi, ambil bib. Seperti biasa, pantas dan efisien. Lepas bersiap, tukar pakaian dan bersedia ke starting area.

2. Acara pagi dimulakan dengan persembahan pembukaan sempena International Friendship Run Tokyo Marathon. Seterusnya ucapan perasmian, sesi pemanasan badan dan pelepasan mengikut wave masing-masing. Saya di wave D. Terdapat lebih 1,500 runners pada pagi ini. Cuaca cerah.

3. Sebelum berlari seperti biasa bergambar-gambar dengan rakan-rakan pelari dari Malaysia dan kenalan pelari dari seluruh dunia yang memeriahkan suasana. Macam-macam kostum ada. 

4. Laluan adalah mudah, 2.5km terus ke maskot gundam, di situ ada water station, sebelum patah balik ke Tokyo Big Sight, kawasan yang sama untuk garisan penamat pada keesokan harinya.

5. Kiranya larian hari ini sebagai persediaan merasai bagai mana beberapa kilometer terakhir marathon esok dan suasana di garisan penamat. Tamat, bergambar-gambar depan arca, seterusnya ke dewan besar untuk dapatkan teh, pisang dan sebagainya. Semuanya lancar. Ye, larian ni macam sesi bergambar berjemaah gitu, every km berhenti bergambar. Heheh

6. Oh ya, larian ini tidak menyediakan medal, cuma cenderahati yang seribu makna diberikan iaitu selempang "smile" yg boleh dipakai di kepala. Selain itu, runners boleh ke onsen selepas lari.  Yang penting objektif utama larian adalah mengeratkan semangat persahabatan antara pelari dari seluruh dunia sempena Tokyo Marathon. 


No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...