Sunday 12 April 2015

Milo Malaysia Breakfast Day 2015 - Ipoh

12 April 2015
Padang Polo, Ipoh 

1. Saya mendaftarkan diri Malaysia Breakfast Day (MBD) 7km Ipoh sebagai mendapatkan semula mood menyertai acara selepas 1 bulan lebih tidak sertai apa-apa acara.

2. Urusan REPC di Padang Polo sehari sebelum berjalan lancar. Bib dan tshirt berkualiti.

3. MBD Run dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti sesi warm up. Mengikut laporan, seramai 2,000 pelari pelbagai kategori menyertai larian pagi ini. Bagi yg tidak menyertai larian, aktiviti-aktiviti lain seperti hula hoop, bola serta sarapan (kupon 3MYR) dan free flow Milo.

4. Dilepaskan jam 7:30 am utk kategori 7km, 7:45 am untuk kategori 3km. Atmosfera mengujakan pabila bertemu rakan-rakan pelari dari Ipoh, Penang, mahupun dari Lembah Klang. Seronok saling tukar sapaan. Seperti biasa, saya bermula dari kelompok belakang saat dilepaskan. Terpaksa bersesak sebaik lintasi permulaan, pabila ramai mulai berjalan seawal2nya.

5. Dengan cuaca baik, laluan yg tidak sibuk, saya cuba kekalkan pace larian dengan 6:00/km. Terdapat 2 water station disediakan. Memasuki km6, saya berhenti betulkan kain dan legakan rentak. Semput, semua org agak pantas. Hehe. Disapa dan senyum pada yg menegur sepanjang larian.

6. Menghampiri garisan penamat 7km, berlari dengan keriangan dan keyakinan, menyedari berjaya perbaiki catatan MBD2013 saya . Dengan 44mins untuk 7.3km, saya gembira kerana kembali melintasi garisan penamat buat kesekian kalinya.

7. Urusan di ruang penamat adalah teratur, diberikan pisang, medal, air, goody bag dan semestinya Milo dari van menanti. Seterusnya, dapatkan sarapan menggunakan voucher yg disediakan.

8. Selesai cooling down, sesi photothon bersama rakan-rakan sambil berzumba di Padang yg becak. Meriah. Sambil bersarapan juga, hadirin di Padang Polo dihiburkan dengan beberapa pertunjukan. 

9. Keseluruhannya, dengan yuran berpatutan, penganjuran MBD pertama kali di Ipoh adalah baik. MBD 2015 sekali lagi berjaya mempromosikan gaya hidup sihat Dan kepentingan sarapan pagi. Suatu pagi Ahad yg berkualiti terutamanya yg bawa famili, rakan-rakan dan lain2. Kerana larian/akviti sihat lebib bermakna dinikmati bersama.

Jumpa lagi Ipoh.

xoxo

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...