Sunday 13 September 2015

IEM Engineer's Run 2015

12 September 2015

Taman Botani Perdana
7:30 am


1. Dengan IPU melebihi 150 awal pagi, penganjur membuat keputusan untuk membatalkan acara kompetitif. Larian bertukar kepada fun run 5km. Pelari diberi pilihan untuk;
- berlari riang 5km
- berlari atau berjalan dengan apa2 jarak
- tidak berlari atau sekadar bersiar-siar di taman, 
Dan kemudian ambil segala kelayakan seperti post race snack & medal.

2. Ramai memilih option berlari riang 5km, dengan keadaan waspada. Cuaca di Taman Botani boleh dikira baik, walaupun berjerebu. Mask disediakan kepada pelari yg memerlukan.

3. Laluan 5km adalah pusing Taman Botani Perdana. Jarak selepas tamat adalah 4.6km (seperti biasa, saya tambah lagi 500m). 36 minit yg meriangkan. WS disediakan satu. Berlari sambil borak dengan rakan2. 

4. Dengan kehadiran lebih 500 orang pelari. Larian tetap meriah. Sebaik melintasi penamat, pelari diberikan tuala muka, sijil, medal, pisang, roti, air, aiskrim, 100plus juga.

5. Booth photo percuma juga disediakan. Lucky draw dengan produk3 berasaskan larian juga diadakan. Puas bergambar, bercerita dengan rakan-rakan lazim, lepak di tapak larian sampai habis. Dalam 9:30am selesai semua. 

6. IEM Engineer's Run kali ini menepati ekspektasi saya, dianjurkan dengan baik dari aspek2 utama. 

Selesai Sabtu pagi yg meriangkan. 
Larian riang disambung malam ini pula di Selangor Turf Club.



No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...