Monday 23 November 2015

Penang Bridge International Marathon 2015

PBIM 2015 

22 November 2015 
1:30 am
Queensbay Mall 

1. PBIM 2015 merupakan penyertaan saya kali ke-4 PBIM. Edisi tahun ini kembali diadakan di Jambatan Pulau Pinang. Bilangan penyertaan tahun ini berkurangan berbanding edisi sesak sana-sini tahun lepas di Jambatan Kedua Pulau Pinang.

2. Memulakan langkah hari perlumbaan dengan menaiki bas perantara yang disediakan dari Komtar. Tahun ini, tiada barisan panjang, cuma tahun ini bayaran MYR1 disediakan.

3. Tiba di tapak perlumbaan selepas tengah malam. Cuaca agak sejuk selepas hujan, dan kawasan tapak adalah basah. Sesuaikan diri, panaskan badan, seterusnya berada di kandang pelepasan selepas 1 pagi. Bilangan pelari FM tahun ini tidak seramai tahun lepas. 

4. Pertunjukan bunga api disediakan. Pelari dilepaskan oleh CM pada 1:30 pagi. Diserikan paluan dram. Laluan PBIM tahun ini adalah dari Queensbay Mall ke pusingan-U di Seagate, seterusnya berlari lurus hingga ke pusingan –U berikutnya selepas bank rakyat tepi lebuh raya jelutong, kemudian berpatah ke susur masuk Jambatan Pulau Pinang, menuju ke susur selepas tol, iaitu pusingan-U terakhir, melintasi sepenuhnya Jambatan buat kali ke-2, terus sahaja ke penamat di Queensbay.

5. Secara umumnya laluan adalah rata, mendaki di beberapa tempat iaitu ketika menaiki susur masuk Jambatan Pulau Pinang, pertengahan jambatan, kemudian di suruh selepas tol. Susur itu terasa sungguh mencabar mental berpusing sepenuhnya.

6. Pemerhatian serta ekspektasi saya adalah betul bagi PBIM, pabila saat WS (water station) pertama mereka menyediakan air dalam botol. Banyak pembaziran air di situ. Sudahnya, jarak antara WS agak jauh. Tiada penambahbaikan dari edisi sebelumnya. Penunjuk jarak juga kurang. Pisang disediakan awal di WS3, tahun ini saya berkesempatan sampai sebelum pisang habis. Alunan gendang di atas jambatan dapatlah memecahkan kesunyian atas jambatan itu. 

7. Terdapat banyak ais tahun ini. Selain air 100+ yang sejuk. Spray salonpas juga banyak kelihatan. Gel disediakan di WS10. Saya meluangkan masa seadanya berhenti di sana dan sini atas jambatan, bergambar kenangan serta rehatkan diri.

8. Saat pelari FM bergabung dengan HM tidak sesesak mana seperti tahun-tahun sudah. Begitu juga pabila pelari 10km memasuki laluan. Selaku pelari riang riana yg mensasarkan bawah 6jam di PBIM kali ini, saya selesa pabila 5km terakhir, tidak seperti tahun lepas. Sesak teruk.

9. Laluan menuju ke garisan penamat melalui 2 bulatan, di mana tidak seperti sebelum ini (2013), permulaan/penamat di jejantas Queensbay. Permulaan/Penamat kali ini selepas bulatan kedua, secara umumnya saya suka. Kerana ia betul-betul berdekatan tepi laut.

10. Tidak seperti kelaziman, PBIM kali ini tiada sarapan pagi disediakan untuk pelari FM selepas tamat cabaran. Milo, Sunquick dan cereal sedikit menceriakan. Kawasan tapak seperti biasa penuh dengan pelari. Selesai urusan ambil kelayakan seorang penamat, saya tidak meluangkan masa lama di padang tapak itu. Agak panas. Seterusnya bersantai, sambil tunggu rakan-rakan lain tamat di jalan tepi laut berdekatan penamat.

11. Saya tamat dengan 5:57, berjaya memastikan diri sampai sebelum belon pacer 6 jam sampai. Gembira dapat kembali tamat FM pertama dalam tempoh 3 bulan (selepas SCKLM & BSNPNM batal). PBIM2015 adalah ulang tahun ke-3 saya bergelar marathoner. Edisi kali ini sebenarnya saya tidak semengah mana untuk bergambar. Namun, rasanya PBIM kali ini saya banyak ber-selfie/wefie dengan rakan-rakan pelari. Yalah, aktiviti larian besar adalah umpama reunion untuk bersua bersama rakan –rakan pelari. Gembira dapat menyaksikan keceriaan rakan-rakan tamat FM (HM dan 10KM juga), terutamanya yg baru pertama kali ber FM, mahupun larian pertama masing-masing.

12. Tahniah semua. PB atau tidak, yang penting kita semua tamat dengan gembira. Mana yang tidak mencapai sasaran (DNF, beyond COT etc), jangan berputus asa, harus kita sama-sama kembali untuk cabaran akan datang. 

13. Keseluruhannya, PBIM2015 tetap tiada “wow factor”, kualiti penganjuran yang tiada peningkatan membanggakan, terdapat isu baju penamat yg kehabisan saiz walaupun tamat dalam COT. Begitu juga diberitakan tiada pemberian kelayakan penamat bagi yg tamat melebihi 8 jam. Apa-apapun  PBIM tetap menarik perhatian pelari untuk berlari di atas jambatan ikonik berkenaan. Aktiviti jalan-jalan cari makan sebelum/selepas marathon adalah suatu kemestian. 


Penafian: Pengalaman saya mungkin berbeza dengan pengalaman anda.





No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...