Tuesday 22 December 2015

2nd International Melaka River Marathon

20 December 2015
Perkarangan A Famosa
Melaka
4:00 am

1. Ini adalah edisi ke-2 MRIM selepas edisi pertama pada tahun lepas. Hujan sebelum pelepasan. Menyejukkan keadaan. Bilangan peserta kategori FM tidaklah ramai. Sebelum dilepaskan, pegawai teknikal memberikan taklimat mengenai race. Pelari perlu memastikan sentiasa peka terhadap anak panah laluan, serta marshall yang bertugas.

2. Berbeza dengan tahun lepas, kawasan mula/tamat di perkarangan A Famosa, memberikan keselesaan kepada pelari. Tiada trafik sebelum pelepasan macam tahun lepas. 

3. Laluan FM adalah melalui bandaraya Melaka, hampir sepusingan penuh dengan melintasi Jonker Street, Kampung Morten, seterusnya menuju ke Klebang, laluan tepi pantai, masuk semula ke laluan menuju ke Cheng, dan masuk ke bandar, u-turn di bulatan pulau Melaka, kembali ke A Famosa melalui jalan belakang Heritage Hotel. Laluan agak menarik secara umumnya di beberapa tempat, seperti biasa saya suka bahagian berlari di jalan raya tepi sawah. Beberapa kawasan juga agak mencabar berlari di jalan yang sedang dalam pembinaan. Seperti biasa, tiada kon. 

4. Laluan tahun ini sekitar 41.6km (under distance). Kalau tahun lepas saya extra 2km sebab sesat, tahun ini nyaris sesat juga, namun berjaya sampai ke garisan penamat dalam 6;10 hrs. Gembira dapat dapat tamat FM ke-33 saya sambil memberi/mendapat inspirasi bersama-sama FMV, walaupun tamat beyond cutoff. Cuaca panas, selepas jam 8 pagi memberikan cabaran kepada pelari-pelari kelompok akhir.

5. Dari segi trafik, MRIM kali ini agak baik sedikit (sahaja) dari tahun lepas. Di mana, pada peringkat awal, simpang-simpang utama di kawal baik. Terima kasih petugas-petugas. Namun, beberapa simpang akhir, adalah risiko sendiri kerana tiada kawalan. 

6. Anak panah haluan juga agak "tricky" kalau tidak diperhatikan dengan betul. Memerlukan kepekaan agar tidak sesat. Ini kerana bilangan pelari yang tidak ramai, di kebanyakan masa, jarak antara pelari depan dan belakang agak jauh, maka, seolah-olah berlari seorang diri (bagi kes saya lah kan).




7. Seperti tahun lepas juga, WS memberikan cabaran kepada pelari. Dengan jarak WS adalah setiap 5km, maka, persediaan awal telah dibuat dengan membawa small cash, untu kegunaan singgah membeli air sekiranya perlu. Tiada pisang dan isotonik disediakan sepanjang laluan (saya tidak pasti air recovery power bar apakah yang disediakan kali ini). Stesen sponge juga disediakan berselang seli dengan WS.

8. Selepas tamat disediakan air (saya tidak pasti ada makanan atau tidak), khemah urutan. Baju finisher dan medal tahun ini agak baik (sedikit) daripada tahun lepas. Namun, tiada yang perlu di wow kan. Ok sikitlah kerana tidak perlu beratur dan semak nama seperti tahun lepas untuk dapatkan finisher entitlements.

9. Untuk berlari di MRIM, hendaklah bersedia kerana COT agak strict, 5hrs. Memberi cabaran dan motivasi kepada pelari-pelari. Namun, itulah, mulanya 6;30hrs seperti syarat awal, kemudian 5hrs dalam poster terkini, kemudian berdasarkan komunikasi dengan penganjur ianya 6;30hrs, hinggalah awal sebelum permulaan, pegawai teknikal maklumkan 5hrs. Sudahnya, timing mat dicabut selepas 5jam (dalam 5:45hrs kot). Oh ya, tahun ini ada lori/sweeper yang ikut belakang pelari-pelari kelompok akhir. 

10. Keseluruhannya, MRIM kali ini hanyalah biasa-biasa sahaja penganjurannya. Perlu penambahbaikan di edisi akan datang. Walaupun, lebih baik sedikit dari edisi terdahulu, namun, MRIM masih perlu ditingkatkan kualiti penganjurannya. Lagi satu, pengumuman dan pendaftaran perlu dihebahkan awal dan bukannya sebulan sebelum acara, baru diumumkan. Ini kerana, kalau lagi awal, mungkin lebih ramai pelari akan datang berlari di Melaka Bandaraya Bersejarah ini. Sambil berlari, sambil bercuti.

11. Tahniah semua kepada rakan-rakan, walau apa jua jarak dan masa. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan MRIM walau apa jua outcome dan maklum balasnya. 

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...