Monday 21 December 2015

ERASE RUN UM 2015


19 Disember 2015
Padang UM
8:00 am
5km

1. ERASE Run adalah larian kebajikan yg dianjurkan oleh persatuan pelajar fakulti perubatan UM bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai AIDS.

2. Dilepaskan dari padang sukaneka UM sekitar 8 pagi. Sebelum itu, aktiviti dimulakan dengan sesi warm up. Laluan adalah melalui Bukit Cinta UM. Menarik laluan ini, berbukit. 

3. Saya tamat dalam 41 minit, beriang ria sahaja. Tamat diberikan medal, pisang, roti, air mineral juga. Terdapat persembahan daripada pelajar-pelajar menghiburkan pelari selepas tamat larian.

4. Gerai-gerai juga disediakan seperti pameran informasi mengenai AIDS, jualan cenderamata acara dan makanan ringan. Pop kuiz juga disediakan sebagai menghargai pelari-pelari yang mengambil bahagian. Hadiah berupa hamper disediakan.

5. Keseluruhannya, ini adalah acara yang baik dianjurkan oleh pelajar. Lokasi dalam UM menjadikan kawalan trafik terkawal dan mudah diuruskan. Water station di km2.5 juga mencukupi air, serta baju acara yang berwarna oren sungguh menarik perhatian.



No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...