Monday 11 January 2016

Putrajaya Watergate 16hr Ultramarathon (WG16)


9-10 January 2016
Taman Seri Empangan
Putrajaya 
8 malam

1. Saya pernah hadir sebagai supporter pada edisi 2014 acara ini. Dan tahun 2016, saya hadir sebagai peserta. Terima kasih Ultron atas complementary slot. Dengan bilangan peserta melebihi 270 orang, edisi WG16 kali lebih meriah.

2. Dimulakan dengan taklimat acara oleh penganjur, Team Pacat, seterusnya nyanyian lagu Negaraku. Atmosfera 8 malam sabtu 9 Januari 2016 mengujakan. 

3. Format WG16 adalah berlari minimum 50km dalam masa 16 jam untuk bergelar penamat. Laluan adalah dari Taman Seri Empangan hingga Istana Kehakiman (POJ) dan patah balik, dikira 1 pusingan, yakni 5km. Laluan rata, dan hanya mendaki di bahagian tangga jambatan berhadapan PICC sahaja.

4. Cuaca malam di Putrajaya adalah panas. Selepas dilepaskan jam 8 malam, pusingan awal larian adalah agak pantas bagi saya. Strategi adalah menghabiskan 50km secepat mungkin dan seterusnya beriang ria baki hingga 16 jam. 

5. Saya banyak berhenti sana sini sepanjang laluan. Selfie, live updates, menyanyi, menginsafi diri, borak-borak, berkenalan dengan rakan pelari dan sebagainya. Aktif hingga 3 pagi, saya berhenti makan nasi ayam dan solat Isyak. Lama berehat seterusnya sambung sehingga subuh.

6. Di stesen sokongan di Taman Seri Empangan disediakan air, pisang, roti, tembikai, coke dan makanan juga. Maka, selain bekalan nutrisi masing-masing, pelari bolehlah merasa apa yang disediakan.

7. Saya kembali berhenti lama selepas solat subuh, menyegarkan badan dan makan. Cabaran kepanasan bermula selepas 7:30 pagi. Matahari meninggi, tapi saya lebih suka berlari di Putrajaya pada waktu siang daripada malam. Keadaan lebih meriah apabila lebih ramai rakan memberikan sokongan sepanjang jalan, begitu juga dengan rakan-rakan yang lebih awal tamat cabaran masing-masing iaitu ramai yang berhenti selepas melengkapkan 50km.

8. Daripada pace 7 min/km pada awal malam hinggalah 20 minit/km pada selepas jam 8 pagi, mengheret kaki. Itulah pace saya, beriang riana untuk mencabar potensi diri sejauh mana saya dapat melangkah dalam masa 16 jam. Seronok dapat berinspirasi dan saling motivasi dengan rakan-rakan pelari sepanjang laluan, terutamanya bila u-turn.

9. Akhirnya saya menamatkan cabaran dengan 75km dalam masa 15 jam 31minit. Berkedudukan top 50, gembira membuka kalendar larian 2016 dengan jarak melebih 50km. Tahniah dan terima kasih kepada semua pelari, penganjur, penyokong, sukarelawan dan semua yang terlibat. Segala motivasi dan dorongan amatlah dihargai. Setelah lama tidak berjarak melebih 50km di Putrajya, keseluruhannya saya gembira dengan penampilan riang ria di WG16. Kerana setiap sesuatu adalah suatu pengalaman. 

10. WG16 adalah sesuai untuk mana-mana yang berminat mencabar diri dalam tempoh 16 jam, pemangkin kepada cabaran yang lebih besar. Dengan bilangan peserta yang tidak terlalu ramai, ianya memberikan atmosfera dan pengalaman yang bermakna. 

12. Sekali lagi, terima kasih kepada Ultron atas peluang yang diberikan. Untuk maklumat lanjut mengenai WG1 anda boleh melayari http://watergate16hr.teampacat.com/ dan untuk maklumat lanjut mengenai Ultron, anda boleh layarihttp://www.ultron.co/ .

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...