Tuesday 15 March 2016

Alor Setar Half Marathon 2016

Alor Setar Half Marathon 2016
5 Mac 2016
Menara Alor Setar
Kedah

1. Dilepaskan lewat sedikit dari 5 am. Ruang pelepasan agak sempit. Seperti biasa, saya bermula dari kelompok belakang.

2. Cuaca adalah baik. Laluan adalah rata, amat sesuai utk HMV. Ulasan adalah seperti berikut:

(a) Penganjuran adalah keseluruhannya adalah memuaskan;

(b) Trafik baik, namun beberapa simpang agak longgar, seperti simpang bas-bas masuk Ke Shahab Perdana;

(c) WS3, dan WS4, tiada air minuman , yg ada adalah air teh green tea. Oh cup juga kehabisan, mujur saya berlari bawa botol, mana, teh pun teh lah utk di refill. WS5, baru ada semula 100plus dan air.

(d) Stesen sponge adalah mencukupi.

(e) Surau yg disediakan adalah baik. Dua trak air, beralas, berarah kiblat. Beberapa masjid terdapat di sepanjang laluan.

(f) KM markers yg disediakan adalah besar dan jelas.

(g) Ruang start/mula di depan Menara AS dalah menarik. Mercu utama AS.

(h) Post race adalah baik, diberikan roti, pisang, 100 plus Dan air. Medal dan baju penat, tidak mengecewakan.

(i) Prestasi saya: tamat dengan jam besar 2:42. Jarak adalah mcm under distance 200m, maka, seperti biasa, tamat sedikit meter. Riang Riana Alor Setar selesai.

(I) Saya memberi rekomendasi sekiranya rakan-rakan utk berlari di AS. Moga edisi akan datang lebih baik.

(j) Tahniah kepada semua. Meriah Alor Setar Sabtu ini.

Selesai tugasan larian pagi ini.

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...