Tuesday 26 April 2016

MELAKA HERITAGE CITY HALF MARATHON 2016

MELAKA HERITAGE CITY HALF  MARATHON 

24 April 2016
6:00 am
Melaka Wonderland Resorts, Ayer Keroh 

1. Sesi dimulakan dengan senaman panaskan badan. Saya sampai awal sebelum 5 pagi (lupa baca details, pelepasan 21km adalah 6pagi). Sambil sampai awal, saksikan persiapan akhir acara ini, volunteers baru masukkan goodies, arca pelepasan baru hendak dinaikkan. 

2. Kategori 21km dilepaskan berperingkat mulai 6:00 pagi. Tiba giliran mens open, arca roboh dan berlari lah dibawahnya seadanya (belon). Kategori 12km dan 7 km di lepaskan selang 30 minit selepas itu.

3. Laluan adalah dari Melaka Wonderland Park (pertama kali saya ke sini, dan mengetahui ada wonderland park), menuju ke highway, masuk ke highway berlari lurus sahaja sehingga u-turn berhampiran dengan stadium (jika tidak silap, sebab saya nampak ada stadium). Lepas u-turn, terus semula ke susur masuk Ayer Keroh. Beberapa tempat adalah rata, beralun dan sedikit berbukit.

4. Laluan pada hemah saya adalah berbahaya, memerlukan perhatian dan lebih berhati-hati di beberapa tempat Berlari dengan risiko kemalangan boleh berlari. Kenderaan bergerak terutamanya lori, bas, dan kereta pantas di atas highway. Tiada kon keselamatan di beberapa tempat. Kawalan trafik tidak dari polis mahupun pihak berkuasa yg lain. Beberapa tempat mmg kritikal dan merbahaya. Selekoh susur juga bahaya. 

5. Saya menyaksikan insiden motosikal jatuh tepi pelari di laluan larian. Pelari segera memberi bantuan kecewmasan kepada beliau. Moga penunggang tersebut segera sembuh. 

6. Water Station, secara umumnya ada air, kecuali WS terakhir, semasa saya sampai, air telah mulai habis. Kelihatan volunteer menggunakan air bekalan mereka untuk diberikan kepada pelari.

7. Pisang disediakan di km9 selepas u-turn. Beberapa km marker disediakan, namun amatlah kecil. Ia diselang seli dengan kata-kata motivasi.

8. Tamat diberikan medal dan air mineral. Tiada isotonik. Terdapat satu booth jual makanan, serta air isotonik disediakan. Tetapi harga boleh lah tahan mahalnya. Atmosfera di ruang penamat juga tiada "wow". 

9. Prestasi saya: Tamat dengan 2:52, gembira, recovery selepas Delima Langkawi Marathon pada hari sebelumnya. Sesi diakhiri dengan bergambar-gambar bersama rakan pelari.

10. Keseluruhannya, acara ini adalah biasa-biasa sahaja dengan ruang untuk perhatian dan penambahbaikan. Mulanya ingat laluan larian akan memasukan "heritage part" of Melaka, namun, sekadar highway semata-mata. Tahniah dan terima kasih kepada semua penganjur, peserta, volunteers dan semua yang terlibat.

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...