Tuesday 28 November 2017

Full Marathon 2017



Gme Marathon Challenge 2017 - My Story 

1. Secara rasminya kalendar marathon saya telah tamat untuk 2017. 11 bulan, dengan tamat 13 marathon (FM). Daftar 16 FM, DNS 3 FM. Saban hujung minggu, bulan, menjelajah hampir ke seluruh pelusuk negara, Malaysia. Selaku pelari rekreasi, dan riang ria, 13 marathon setahun adalah suatu yang banyak utk saya. Untuk rekod, jumlah keseluruhan acara tahun ini agak banyak saya sertai (45 acara, dan masih menghitung, kerana Disember akan diisi dengan beberapa acara jarak sederhana). 

2 Ringkasan penyertaan saya dalam marathon di Malaysia pada tahun ini adalah seperti berikut. Saya sertakan juga catatan masa peribadi saya sebagai rujukan dan motivasi diri sendiri. Kerana catatan lalu adalah pembelajaran berguna utk masa hadapan. 
(1) Twincity : 8:25

(2) Malaysia Women: 5:56
(3) Pahang  : 6:50
(4) Miri Marathon: 6:33
(5) Iskandar Puteri Night: 6:57
(6) Perlis Marathon: 6:19
(7) Borneo Marathon: 6:53
(8) SCKLM: 6:24
(9) Hulu Langat : 6:10
(10) Kuching : 4:56
(11) LJSM Terengganu : 4:46
(12) Putrajaya Night: 6:14
(13) KUL : 6:36

DNS
(1) PBIM
(2) Sundown Iskandar
(3) Cat City Marathon

3. Tahun ini, agak istimewa kerana berjaya menyertai beberapa acara marathon baharu dan bukan legasi. Di samping itu, pengalaman “back-to-back” marathon saban hujung minggu juga menyeronokkan (dan memenatkan). Secara puratanya saya sertai marathon sebulan sekali, namun, tahun ini, berjaya mencabar potensi diri dengan 4 marathon dalam masa 5 minggu (dengan 1 HM dan 1 acara 50km di antaranya, Mac/April).

4. Seronok merantau ke sana ke mari, bersua rakan-rakan pelari yang berkongsi minat, pengalaman dan cerita masing-masing (Iaitu Kamu, Kamu, dan Kamu). Suatu kenangan terindah sepanjang musim. Segala "ups" dan "downs" dalam bermarathon adalah cabaran dan pembelajaran terbaik. Kerana larian harus dinikmati.

5. Berdasarkan penyertaan dalam marathon seperti di perenggan (2) di atas, suka saya memberikan pilihan peribadi seperti berikut:
- Terbaik Dalam Banyak Segi  : SCKLM - ibu segala marathon di Malaysia
- Perlukan Penambahbaikan Banyak Segi : Iskandar Puteri dan Pahang
- Comeback  Baik : Kuching (selepas edisi 2016 teruk) dan LJSM Terengganu (edisi 2017, berubah waktu flag off, dan team penganjur bersama)
- Pengalaman Baharu : KUL ( berlari di persekitaran lapangan terbang KLIA) 
- Siri Menarik : Miri-Borneo-Kuching (The Great Borneo Series) - dengan adanya siri ini, kedua-dua Borneo dan Kuching kualiti penganjuran meningkat dari siri terdahulu. Miri adalah acara baharu yg tidak mengecewakan tahun ini.
- Sesuai Santai Terbaik : Hulu Langat, dengan COT 10jam, menikmati permandangan indah di Hulu Langat, lengkap dengan buah-buahan juga di stesen minuman.

6. Suka saya memetik kata-kata ini ,  It's important to know that at the end of the day it's not the medals you remember. What you remember is the process -- what you learn about yourself by challenging yourself, the experiences you share with other people, the honesty the training demands -- those are things nobody can take away from you whether you finish twelfth or you're an Olympic Champion. "

Lain orang, lain motivasi.
Kerana larian harus dinikmati,
Gme 

Jumpa lagi di kalendar full marathon 2018!

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...